fbpixel

Ramadan is flying by. Automate your donations for the last 10 nights.

Sifat-Sifat Rasulullah ﷺ: Siri Bukti-Bukti Kenabian


Published: September 10, 2017 • Updated: December 28, 2020

Author: Sh. Mohammad Elshinawy

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful.

Sifat-sifat Rasulullah 

Tuhan menggabungkan di dalam Rasul terakhir-Nya ﷺ kualiti yang paling cemerlang, dengan itu mendatangkan keyakinan kepada pendengarnya. Keperibadian baginda menyerlah di setiap sudut dan dengan itu dilihat sebagai terpuji di mata semua orang. Mereka yang menganggap keturunan seseorang itu penting - walaupun pada pandangan Tuhan, ia tidak sebegitu - menemukan Muhammad ﷺ datang dari keturunan bangsawan yang dianggap paling tulen. Mereka yang mengamalkan fisionomi (menilai watak seseorang berdasarkan penampilan fizikal) merasakan bahawa wajah Muhammad ﷺ bersinar dengan integriti. Mereka yang bertemu dengan baginda secara bersemuka, atau membaca biografi baginda, menemukan dalam Muhammad ﷺ sebuah cara hidup yang penuh keikhlasan dan keyakinan.
Kejujuran Baginda
Rasulullah ﷺ bukan sekadar seorang yang kejujurannya diperakui, malah ahli-ahli kabilahnya telah secara rasmi menggelarkan baginda sebagai as-Sādiq al-Amīn (Yang Benar, Yang Dipercayai). Walaupun mereka menganiayai baginda dan menolak mesejnya, mereka masih mempercayainya dengan harta benda yang paling berharga. Aisha (rA) berkata, “Baginda mengarahkan 'Ali (rA) untuk tinggal di Mekah, agar beliau dapat mengembalikan semula semua benda yang disimpan dengan Rasulullah ﷺ kepada mereka. Tidak seorang pun di Mekah (bahkan musuh-musuhnya!) yang mempunyai barang berharga yang dikhuatiri kecuali mereka menyimpannya dengan Rasulullah ﷺ, kerana kejujuran dan kepercayaan yang diketahui [ramai] tentang baginda. Oleh itu, 'Ali (rA) tinggal selama tiga hari dan tiga malam untuk menyampaikan segala benda yang diberikan oleh orang untuk disimpan oleh Rasulullah ﷺ, dan kemudian berangkat untuk bertemu dengan Rasulullah ﷺ setelah menyelesaikan tugas itu.
Kejujuran berprinsip baginda begitu jelas dimana walaupun orang-orang dari zaman, latar belakang, dan agama yang berbeza mengenalinya. Sesungguhnya, anda sering mendapati mereka tidak dapat membayangkan seseorang yang adil membaca kisah hidup baginda dan tiba di kesimpulan yang berbeza.
Malah, walaupun sejarawan dan ahli falsafah Scotland Thomas Carlyle (m. 1881) pastinya meluahkan rasa keberatan beliau mengenai Islam, beliau amat tertarik dengan keikhlasan Rasulullah ﷺ pada masa-masa tertentu bersempadan antara rasa curiga yang mendalam dan keyakinan yang jelas. Sebagai contoh, beliau menerangkan, “Ia sangat menentang teori imposter (penipu), hakikat bahawa dia hidup dengan cara yang sama sekali tidak boleh diterima, sama sekali tenang dan biasa, sehingga masa sengketanya selesai. Dia berumur empat puluh tahun sebelum dia bercakap mengenai apa-apa misi dari Syurga. Semua sifat luarbiasanya, yang nyata dan yang diandaikan nyata, dari tahun kelima puluhnya, ketika Kadijah yang baik meninggal dunia. Semua ‘cita-citanya’, seolah-olah, hingga masa ini, adalah untuk menjalani kehidupan yang jujur; ‘kemasyhurannya’, pendapat yang baik dari jiran-jiran yang mengenalinya, sudah cukup sampai sekarang. Sehinggalah dia sudah tua, nyalaan kegemilangan hidupnya terpadam, dan kedamaian yang semakin berkembang menjadi hal utama yang dapat diberikan oleh dunia ini, dia memulakan ‘kerjaya cita-cita’ dan kewujudannya, digambarkan [oleh orang lain] sebagai penipu untuk memperoleh apa yang tidak dapat dia nikmati lagi! Pada pendapat saya, Saya tidak percaya apa-apa dalam teori ini[teori penipu].” Di dalam buku yang sama, Carlyle berkata, “Pembohongan-pembohongan (fitnah Barat) yang semangat bersungguh-sungguh yang telah dibina sekeliling manusia ini (Muhammad) adalah memalukan bagi diri kita sendiri.”
Dalam sejarah kemanusiaan, ramai penipu telah mengaku sebagai nabi, dan mereka semua telah didapati tidak sah dan mengambil kesempatan dengan tidak beretika. Ini adalah endemik kepada, dan dijangka daripada, nabi-nabi palsu - kerana mereka telah menjadi sesuatu yang lebih jahat dari pendusta. Sama seperti berbohong tentang kawan-kawan anda adalah lebih buruk daripada berbohong tentang orang yang tidak dikenali, dan sama seperti berbohong tentang ibu bapa anda adalah lebih buruk daripada berbohong tentang kawan-kawan anda, tidak ada yang lebih buruk daripada seseorang yang berbohong tentang Tuhan. Oleh itu, apabila seorang lelaki dengan kejujuran yang tidak tertanding seperti Muhammad ﷺ hidup selama empat puluh tahun tanpa pernah berbohong, kemudian menyatakan dirinya adalah Nabi Allah, ini harus dilihat sebagai tanda kesahihan kepada tuntutannya.
Akhirnya, “Matahari terbenam di zaman Rasulullah ﷺ pada hari ketika [anaknya] Ibrāhīm mati. Orang-orang mengatakan bahawa matahari telah gerhana kerana kematian Ibrāhīm. Rasulullah ﷺ bersabda, ‘Matahari dan bulan tidak gerhana kerana kematian atau kehidupan (iaitu, kelahiran) seseorang. Tetapi, mereka adalah dua tanda-tanda [kekuasaan] Allah, yang mana Dia menimbulkan rasa takut kepada hamba-hambaNya. Apabila anda melihat gerhana, berdoa dan pohonlah dari Allah.’ Sekiranya Rasulullah ﷺ adalah seorang penipu, ini adalah peluang yang sempurna untuk memanfaatkan pendorong kredibiliti sedemikian. Peristiwa-peristiwa yang serentak ini membuka ruang yang sangat mudah untuk mempromosikan diri, namun, Rasulullah ﷺ tidak akan membiarkan orang lain menafsirkannya sebagai langit berasa sedih kerana Ibrāhīm. Walaupun bersedih kerana kehilangan yang tragis, baginda menaiki mimbar, menolak tafsiran palsu, dan menetapkan bahawa gerhana tidak mengikuti apa-apa kecuali undang-undang universal Tuhan.”
Kesederhanaan dan Kezuhudan Baginda
Gaya hidup yang sederhana Rasulullah ﷺ adalah petunjuk utama bahawa misinya tidak dapat berfungsi dengan sendiri. Lagipun, ini adalah seorang lelaki yang menguasai seluruh Arab pada akhir hayatnya. Malah sebelum itu, baginda mempunyai ribuan pengikut sepanjang masa di Madinah; pengikut yang terobsesi dengannya, dan akan suka melakukan apa saja yang mereka mampu di dunia ini untuknya. Dengan semua ini dipertimbangkan, kita tidak dapat menemukan sebarang kemewahan dalam apa jua ruang kehidupannya. Sebaliknya, kita mendapati di dalam rumahnya hanyalah tikar jerami yang akan meninggalkan tanda pada badannya, dan bekas air kulit yang tergantung dari mana baginda mandi. Ketika Rasulullah ﷺ ingin bersujud di ruangan ini, baginda akan mengetuk kaki Aisha (rA) untuk membengkokkan kakinya untuk memberi ruang baginya sujud. Selama berbulan-bulan, tidak ada api yang akan dibakar untuk memasak di rumahnya, dan keluarganya terpaksa berpuas hati dengan kurma dan air kecuali seorang Sahabah memberi mereka susu.
Gambaran semula bilik Rasulullah ﷺ.
Edward Gibbon (m. 1794), seorang sejarawan dan ahli parlimen England menulis, “Perasaan baik Muhammad meremehkan kebanggaan bangsawan. Rasulullah telah menyerahkan dirinya kepada ruang-ruang kecil keluarga; dia menyalakan api; menyapu lantai; memerah susu lembu; dan membaiki kasutnya sendiri. Menghindari penebusan dan merit seorang pertapa, dia mengikut tanpa usaha atau kesia-siaan diet Arab yang tidak masuk akal.” Dalam erti kata lain, baginda tidak hanya menanggung kesusahan kehidupan yang sederhana, tetapi ia mengalir secara semula jadi darinya. Baginda tidak cuba untuk menggalakkan kepertapaan atau menahan diri, ataupun dia memikul minimalism ini untuk mendapat pujian daripada rakyat. Gibbons menambah, “Pada masa-masa tertentu, dia meraikan para sahabatnya dengan keramahan. Tetapi, dalam kehidupan rumahnya, beberapa minggu akan berlalu tanpa api yang menyala di pendiang api seorang Nabi.”
Menurut Washington Irving (m. 1859), seorang penulis biografi dan diplomat Amerika, “Beliau tidak pernah mabuk dan mempunyai cara pemakanan yang terkawal dan sentiasa berpuasa. Beliau tidak memanjakan dirinya dengan keagungan pakaian, ostentasi bagi minda-minda yang kecil; kesederhanaannya dalam berpakaian tidak menjejaskan kerana ia adalah hasil daripada tidak menghiraukan perbezaan dari sesuatu sumber yang remeh... Kejayaan ketenteraannya tidak membangkitkan rasa bangga atau mulia, seperti yang akan mereka lakukan sekiranya mereka telah laksanakannya untuk kepentingan diri sendiri. Pada masa kekuasaannya di kemuncak, beliau mengekalkan kesederhanaan dan sikap yang sama seperti pada zaman kesukarannya. Jadi jauh dari menganggap dirinya lebih mulia dari orang lain, beliau tidak senang jika, apabila seseorang memasuki bilik, mereka menunjukkan sebarang testimoni penghormatan yang luar biasa kepadanya.”
Bosword Smith (m. 1908), seorang paderi, pengetua sekolah dan seorang penulis, telah menulis, “ketua negara dan juga ketua gereja; beliau adalah seorang Caesar dan juga Pope; tetapi dia seorang pope yang tidak berperilaku seperti seorang pope, dan seorang Caeser tanpa gerombolan tentera seorang Caeser, tanpa pengawal, tanpa kawal peribadi, tanpa pendapatan tetap. Jika pernah ada seseorang yang diperintah oleh perintah suci yang benar, orang itu adalah Muhammad, kerana beliau mempunyai kesemua kuasa-kuasa yang perlu, tanpa perlu apa-apa sokongan darinya. Beliau tidak mengambil berat tentang pakaian kuasa. Kesederhanaan kehidupan peribadinya adalah selaras dengan kehidupannya.”
Keberanian Baginda
Keberanian Rasulullah ﷺ bermaksud bahawa dia bukan sahaja jujur, tetapi juga pasti dengan kejujurannya. Sesetengah orientalis memilih untuk berhujah bahawa Muhammad ﷺ tidak secara sedar berbohong, tetapi menderita penyakit mental yang meletakkannya sebagai suatu khayalan kemegahan. Tuduhan ini runtuh di kaki keberanian Rasulullah ﷺ yang pernah didokumentasikan, kerana seseorang yang “mendengar suara” dan mempunyai gangguan psikologi akan menjadi tidak konsisten, merasa berat hati, dan tidak mampu mencapai semua kejayaan yang dicapainya. Lebih penting lagi, orang yang terganggu mentalnya tidak akan pernah mempunyai sistem kepercayaan dan undang-undang lengkap yang akan menerima penghormatan ribuan sejarawan, ahli falsafah, dan mereka yang bijaksana. Oleh itu, keberanian yang konsisten dan tidak tertanding Muhammad ﷺ menjadi penjamin kepada sokongan kenabiannya.
Rasulullah ﷺ tidak pernah lari dari medan perang; sebaliknya, baginda berjuang tanpa rasa takut di barisan terhadapan. Ia pasti mudah difahami jika Rasulullah ﷺ melindungi dirinya di belakang tenteranya, kerana kematiannya bermaksud pengakhiran mesej baginda. Namun, 'Ali b. Abi Ṭālib (rA), pahlawan yang terkenal, akan berkata, “aku telah menyaksikan dengan mataku pada Peperangan Badr dimana kami akan mendekati Rasulullah ﷺ untuk melindunginya, dan baginda adalah orang yang akan berada paling dekat dengan musuh, dan baginda adalah pahlawan yang paling garang pada hari itu” 
Seorang lelaki pernah berkata kepada al-Barā’ b. ‘Âzib (rA), “Apakah kamu telah lari dari medan perang Ḥunayn, wahai Abu ‘Umāra?” Dia menjawab, “Aku boleh menjadi saksi bahawa Rasulullah ﷺ tidak berundur. Tetapi, ia adalah beberapa orang muda yang tergesa-gesa yang bertemu - tanpa senjata yang mencukupi -  dengan sebuah kumpulan dari Hawāzin dan Banu Naḍīr. Mereka kebetulannya adalah pemanah [yang sangat baik], dan mereka telah memanah mereka yang mendedahkan [tempat persembunyian mereka]. Mereka berpaling [untuk meminta bantuan membantu] daripada Rasulullah ﷺ, yang baghalnya dipimpin oleh Abu Sufyān b. Harb. baginda Rasulullah ﷺ turun dari baghalnya, berdoa, dan memohon bantuan Tuhan. Apa yang baginda katakan ialah, “Aku adalah Rasul; ini adalah kebenaran. Aku adalah anak lelaki 'Abdul-Muṭṭalib! Ya Allah, turunkanlah pertolonganmu!” Demi Allah, ketika peperangan semakin sengit, kami akan mencari perlindungan di belakangnya, dan [hanya] yang paling hebat di antara kami dapat berdiri di sisinya [dalam pertempuran].”
Bila Allah berfirman, “Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu… dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia” [al-Mā’ida (5): 67], Rasulullah ﷺ melarang para sahabah dari berjaga di hadapan pintunya pada waktu malam. Pada satu malam, Para umat Islam – yang sentiasa berwaspada kerana tentera Rom mungkin akan menyerang Madinah pada bila-bila masa – terjaga kerana sebuah bunyi yang amat kuat. Bergegas ke arah bunyi itu, mereka menemukan Rasulullah ﷺ telahpun kembali di atas kuda yang dimiliki oleh Abu Talha, dengan pedang yang tergantung di lehernya, menenangkan mereka bahawa ianya hanyalah salah faham. Ia memerlukan keberanian yang amat berteladan, berlumba semata-mata untuk menghadapi potensi bahaya seperti itu, sebuah keberanian dimana ia akan dikagumi orang-orang yang paling berani.
Ketabahan Baginda
Nabi Muhammad ﷺ tidak hanya mempamerkan keberanian pada persimpangan tertentu dalam hidupnya, baginda juga menunjukkan ketahanan dan konsistensi yang menyeluruh. Pertimbangkan seorang lelaki yang tidak pernah mengenali bapanya secara langsung, tidak berapa menerima belas kasihan ibunya, dan kemudian kehilangan datuknya, dan kemudian bapa saudaranya dan isteri kesayangannya serentak. Pertimbangkan seorang lelaki yang hidup untuk menyaksikan setiap anaknya mati kecuali seorang, yang dianggap sebagai ancaman dan pelarian selepas bertahun-tahun membina reputasi yang sempurna di kalangan rakyatnya. Pertimbangkan seorang lelaki yang mengalami penderaan fizikal sehingga dia akan pengsan, dilahirkan selama bertahun-tahun oleh rakyatnya sendiri, dan menghadapi kempen pembunuhan beramai-ramai. Pertimbangkan seorang lelaki yang diusir dari rumahnya, dihantar melarikan diri ke Madinah untuk perlindungan, hanya untuk mencari orang munafik yang menunggu setiap kesempatan untuk mengkhianati dia. Pertimbangkan seorang lelaki yang menonton percubaan pembunuhan terhadap hidupnya yang berlaku secara kerap, serta pembunuhan dan penindasan saudara-saudara dan sahabatnya, dan kemudian fitnah isterinya Aisha (rA), anak perempuan kawannya yang paling setia. Siapakah yang dapat bertahan dengan harapan, dan terus bertahan dalam etika yang tidak seimbang, melalui semua ini kecuali seseorang yang disalurkan oleh bantuan unik dari langit? Rasulullah ﷺ telah bangkit dari gaung negatif dan tidak hanya terselamat, tetapi menjadi sumber air mata dan rahmat bagi manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Ini adalah sebuah keajaiban; hanya Allah yang boleh membawa orang mati dari yang hidup, dan menghasilkan air dari batu, dan menyuburkan bunga mawar di padang pasir. Hanya Tuhan yang dapat membuatnya tersenyum sepanjang peristiwa yang dia lalui, bermain dengan cucu-cucunya, berdiri dengan prinsipnya, dan mengangkat semangat orang-orang yang menderita jauh lebih sedikit daripada dia. Hanya Allah yang berkuasa untuk memberi baginda belas kasihan untuk memberi pengampunan kepada musuh-musuhnya, dan keprihatinan kepada orang yang sombong. Hanya Tuhan sahaja yang dapat memberikan tenaga kepadanya untuk hatinya sentiasa bersyukur pada masa-masa ketika orang lain tidak dapat bersabar, dan hatinya penuh belas kasihan pada saat-saat orang lain tidak dapat adil.
Walaupun pelbagai insiden yang mencerminkan ketabahannya amat banyak, mana-mana orang yang jujur hanya dapat membiasakan diri dengan catuan di jurang Abu Ṭālib. Ini berterusan untuk tiga tahun yang sangat susah, di mana Rasulullah ﷺ menyaksikan bibir para sahabatnya bertukar hijau kerana memakan daun dan menggigit kulit haiwan kerana terdesak kerana ketiadaan makanan. Malah, baginda melihat sendiri keluarga kesayangannya semakin tenat di hadapan matanya sendiri. Khadīja (rA) dan Abu Ṭālib telah menjadi sangat lemah kerana catuan ini dan tidak mampu kembali sihat; kedua mereka meninggal tidak lama selepas itu. Dan selepas ketiadaan perlindungan Abu Talib, Rasulullah ﷺ telah menerima layanan yang paling memalukan seumur hidupnya.
Aisha (rA) meriwayatkan bahawa beliau pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ, “Pernahkah kamu lalui hari yang lebih teruk dari Perperangan Uḥud?” baginda menjawab, “Suku kaum kamu telah mengganggu aku dengan sangat teruk, dan yang paling buruk adalah hari 'Aqaba ketika aku bertemu dengan 'Abd Yalāyl b. 'Abd Kulāl, dan dia tidak memberikan apa yang aku cari. Aku [akhirnya] meninggalkannya, tidak berdaya melawan kesedihan, dan aku tidak dapat berehat sehingga aku mendapati diriku di sepohon pokok di mana aku mengangkat kepalaku ke arah langit untuk melihat awan yang melindungi aku. Aku mendongak ke atas dan melihat Malaikat Jibril di dalamnya. Dia berseru kepadaku saya, berkata, ‘Allah telah mendengar ucapan kaummu kepada kamu dan bagaimana mereka menjawab, dan Allah telah mengutus Malaikat Gunung-gunung kepadamu agar kamu dapat memerintahkannya untuk melakukan apa yang kamu kehendaki kepada orang-orang ini.’ Malaikat Gunung-gunung itu menyapaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, perintahkan apa yang kamu kehendaki, dan jika kamu suka, saya akan membiarkan kedua gunung itu jatuh ke atas mereka.’ Aku menjawab, “Tidak, saya harap Allah akan membawa dari keturunan mereka orang yang akan menyembah Allah semata-mata tanpa menyekutukan-Nya.” Dalam hadis ini, baginda Rasulullah ﷺ menghabiskan sepuluh hari di Ṭā'if selepas bercakap kepada para pemimpinnya, berdakwah kepada umatnya untuk memeluk Islam, sehinggalah kaum itu berkumpul untuk mengusirnya. Mereka membuat dua baris dan memaksanya melalui antara baris ini sambil mereka melemparkan kata-kata keji dan batu-batu sehingga darah mengalir menuruni kakinya yang diberkati, dan kepala Zayd b. Haraitha telah pecah dan luka. Namun walaupun melalui suasana yang paling buruk, kesemua kesedihan ini tidak dapat menyebabkan ketabahan Rasulullah ﷺ goyah.
Optimisme Baginda
Adalah menakjubkan bagaimana Nabi Muhammad ﷺ tidak pernah berputus asa dengan pantuan dan kekuasaan Allah, tanpa mengira betapa teruk situasi yang baginda lalui. Optimisme sebegini menunjukkan sebuah hati yang dijalin utuh dengan iman yang amat kuat. Ketika meninggalkan Mekah untuk berhijrah, Rasulullah dan Abu Bakr (rA) diekori sehingga ke sebuah gua. Para tentera musuh berdiri di hadapan gua, dan hanya perlu menjengok ke dalam gua dan tidak ada apa yang dapat menghalang mereka dari menemukan dan menangkap mereka. Dalam situasi sebegitu, dimana rasa putus asa akan meresap masuk ke dalam hati-hati yang paling tabah, Rasulullah ﷺ dengan tenang berkata kepada sahabatnya ayat yang sukar dipercayai ini: “Wahai Abu Bakr, apa yang kamu fikirkan tentang dua – bila Allah adalah yang ketiga daripada mereka?” Quran kemudiannya merujuk kepada peristiwa ini dengan berkata, “Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [at-Tawba (9): 40]. Seseorang mungkin berkata: bagaimana kita boleh tahu yang Muhammad tidak mereka-reka ayat ini selepas peristiwa itu, dengan memberikan gambaran yang tidak jujur tentang keimanan baginda kepada Tuhan? Respons yang paling mudah adalah Abu Bakr (rA) sendiri telah menyaksikan betapa tenangnya baginda dalam situasi yang amat cemas itu. Jika Rasulullah ﷺ bertindak begitu, apakah Abu Bakr (rA) akan kekal sebagai penyokong baginda yang paling setia dan berterusan menghormati baginda sebagai susuk yang paling berintegriti walaupun selepas kewafatan baginda?
Demikianlah keyakinan Rasulullah ﷺ dalam imannya, dimana janji Allah yang melihat hatinya akan menimpa keputusasaannya. Ini sama dengan apa yang berlaku kepada Musa (as) di pantai; “Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: ‘Sesungguhnya kita akan dapat ditawan”’ Nabi Musa menjawab: ‘Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku.’” [ash-Shu‘arā’ (26): 61-62]  Darjah keimanan seperti ini adalah unik dikalangan nabi-nabi dan rasul-rasul; walaupun dunia telah berputus asa, mereka tidak akan pernah melakukannya.
Pengikut Baginda
Apabila menganalisis kebenaran kenabian Muhammad, seseorang akan menyimpang untuk membatasi pengikutnya kepada para sahabat yang mulia sahaja. Nabi Muhammad ﷺ adalah satu-satunya orang yang paling berpengaruh dalam sejarah manusia (lihat: 100, oleh Michael Hart), yang ditiru dalam hal-hal yang paling peribadi, atau bernuansa dalam hidupnya. Untuk satu setengah milenium, terdapat seperti suatu kefanatikkan dalam mencontohi Nabi akhir zaman, walaupun dianggap sebagai menentang budaya dominan atau aliran semasa. Untuk 1.6 bilion orang hari ini, itu adalah harga yang kecil untuk membayar untuk mencerminkan manusia yang paling ideal yang pernah hidup.
David George Hogarth (m. 1927), seorang cendekiawan dan ahli arkeologi British berkata, “Serius atau tidak, tingkah laku hariannya telah menerbitkan kanon yang berjuta-juta orang amati hari ini dengan sedar. Tiada siapa yang dianggap oleh mana-mana bahagian umat manusia sebagai lelaki sempurna telah ditiru dengan begitu pantas. Tingkah laku pengasas agama Kristian tidak pernah menjana sesuatu seperti ini dikalangan para pengikutnya. Lebih-lebih lagi, tidak ada seorang pengasas agama lain yang telah meninggalkan kesan sebagai seorang yang terkemuka seperti rasul Muslim ini.”
Bagaimanapun, para pengikutnya yang paling setia adalah para sahabatnya, dan inilah yang membuktikan kesaksian mereka terhadap kebenaran mesejnya. Sahabat-sahabat ini bukanlah sekadar sekumpulan kawan baik yang beribadat pada waktu malam, mengabdikan hidup mereka kepada Tuhan, tetapi berkongsi kenaifan yang kolektif. Ini adalah, tanpa bias, generasi paling penting dalam sejarah manusia. Seperti kebijaksanaan 'Umar b. al-Khaṭṭāb (rA), misalnya, telah diakui oleh banyak ahli sejarah. Malah, Columbia History of the World menegaskan bagaimana 'Umar melaksanakan birokrasi yang lebih tinggi daripada Empayar Roman yang mendahului pemerintahan Muslim. Apabila sebuah bangsa berpuak-puak Arab boleh membina sebuah kerajaan persekutuan dengan kuasa berpusat, tetapi juga memiliki kelonggaran untuk membuat persimpangan kesatuan ini mampan—dan dengan itu perubahan perjalanan sejarah—orang harus mengakui bahawa ini adalah minda yang luar biasa. Ini hanyalah seorang dari mereka yang mempercayai kenabian Muhammad ﷺ, seorang yang menirukannya dengan kekaguman yang obsesif. Abu Bakr memberikan separuh dari hartanya demi Islam, Bilāl enggan untuk menafikan kepercayaannya walaupun melalui penyeksaan yang tidak dapat digambarkan, Sumayya dan Yasir diseksa hingga mati kerana enggan untuk bahkan berpura-pura mereka tidak percaya kepada Muhammad ﷺ, bukanlah peristiwa-peristiwa kecil. Bagi mereka yang terselamat, mereka menganggung tugas yang besar untuk menanamkan semangat dan mesej baginda ke dalam kehidupan mereka, menjadikan mereka yang paling berhak mendapat pujian Tuhan, “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).” [Âl ‘Imrān (3): 110] Diikuti dengan begitu rapat oleh orang-orang yang berkaliber ini, yang mengalaminya keadaan sebelum dan sesudah kenabian, dan menyaksikan kelakuannya setiap hari, adalah kayu ukur jelas tentang betapa mereka berada di dalam baginda dan misinya.
William Montgomery Watt (m. 2006), seorang sejarawan dan Profesor Emeritus dalam pengajian bahasa Arab dan pengajian Islam dari Scotland menulis, “Kesediaannya untuk melalui penganiayaan atas keimanannya, sifat bermoral yang tinggi dari orang-orang yang percaya kepadanya dan memandang tinggi kepadanya sebagai seorang pemimpin, dan kebesaran pencapaian utamanya– semua berhujah menyokong integriti asasnya. Untuk menganggap Muhammad seorang penipu menimbulkan lebih banyak masalah daripada penyelesaian. Selain itu, tidak ada tokoh sejarah yang hebat yang sangat dihargai di Barat seperti Muhammad… Oleh itu, kita bukan sahaja perlu sekadar memberi kredit kepada Muhammad dengan kejujuran yang secukupnya dan keintegritian tujuan, sekiranya kita dapat memahaminya sama sekali; jika kita hendak membetulkan kesilapan yang telah kita warisi dari masa lalu, kita tidak boleh lupa bahawa bukti konklusif adalah satu keperluan yang lebih ketat daripada suatu pertunjukan yang munasabah, dan dalam hal ini hanya dapat dicapai dengan penuh kesukaran.”
Ini adalah keperibadian Nabi Muhammad ﷺ yang dapat dilihat oleh mereka yang hidup berabad-abad selepas usia hidupnya. Ia tidak menghairankan mengapa seluruh generasi mengatasi satu sama lain dalam meniru senyumannya, sikap tidak mementingkan diri sendiri, pendiriannya untuk kebenaran, dan kemanusiaannya.
Dalam esei seterusnya, kita akan mengkaji bagaimana mesej Rasulullah dari Ilahi lebih menonjol daripada kecemerlangan keperibadian baginda yang tidak terbanding.

1 Riwayat al-Bayhaqi dalam as-Sunan al-Kubrā (12477), Ibn Kathīr dalam al-Bidāya wan-Nihāya (3/218-219), dan aṭ-Ṭabari dalam Tārīkh al-Umam wal-Mulook (2/372)

2 Rujuk:  On Heroes, Hero Worship, and the Heroic in History, oleh Thomas Carlyle

3 Riwayat al-Bukhāri (1043)

4 The Decline and Fall of the Roman Empire, oleh Edward Gibbon, Bab 50

5 Mohamet and His Successors, oleh Washington Irving

6 Muhammad and Muhammadanism, oleh Bosword Smith

7 Riwayat Aḥmad (619)

8 Riwayat  Muslim (4388)

9 Riwayat at-Tirmidhi (5/351) dan al-Ḥākim (2/313)

10 Riwayat al-Bukhāri dan al-Adab al-Mufrad, buku 14, Hadith 303

11 Riwayat al-Bukhāri (3059) dan Muslim (1795)

12 Riwayat Ibn Hishām dalam as-Sīra (2/70-72) dan Ibn Sa‘d dalam aṭ-Ṭabaqât al-Kubrā (1/211-221)

13 Sesetengah orang memetik riwayat dari az-Zuhri mengenai Rasulullah ﷺ mempunyai ide bunuh diri apabila wahyu itu terhenti  untuk tempoh yang singkat (untuk meningkatkan kerinduannya untuk lawatan malaikat, dan untuk memastikan dia tidak menerima wahyu ini dengan ringan). Walaupun seseorang mengabaikan fakta bahawa riwayat ini mempunyai rantai mu'allaq (tidak lengkap), ia hanya menggambarkan penderitaan, kekacauan, dan kesedihan yang baginda alami dan tidak dapat di halang. Lagipun, baginda rasulullah  tidak pernah menyerah kepada pemikiran atau dorongan yang menyinggah ini dan terjun dari gunung, tetapi bergelut dengan ide-ide ini dengan jayanya. Oleh itu, ini hanya membuktikan – kalau ada apa-apa – bahawa keyakinannya mengatasi rasa sakitnya, dan tidak ada apa-apa tentang kehidupan dan sifat manusia baginda yang tersembunyi.

14 Riwayat al-Bukhāri (3866, 4663, 4692) dan Muslim (2381)

15 Arabia, oleh D.G. Hogarth, kali pertama diterbitkan pada 1923

16 The Columbia History of the World, 1st Edition, p. 264

17 Muhammad at Mecca, by William Montgomery Watt, Oxford University Press (1953), p. 52

Disclaimer: The views, opinions, findings, and conclusions expressed in these papers and articles are strictly those of the authors. Furthermore, Yaqeen does not endorse any of the personal views of the authors on any platform. Our team is diverse on all fronts, allowing for constant, enriching dialogue that helps us produce high-quality research.